FairyTallQema

EverythingPossible

Tuesday, April 12, 2011

novel vs realiti

assalamualaikum,

buat pertama kalinya aku dapat habes bace sebanyak 2 novel dalam masa seminggu. fuh! terer jugak aku ni selalu kadang-kadang. selepas membuat kajian, aku pon tak taulah kenapa orang suka sangat bace novel ni lepas tu nk feeling feeling terlebih sampai nak nanges nages. hah, korg bace la entri ni sampai habes, barulah korang akan memahami hati si pencinta novel ni.

novel biasanya akan dimulakan dengan prolog yang akan membuatkan kita tertanya tanya apa yang akan jadi berikutnya. tapi ada jugak novel yang stat stat da bosan nak mampos tahap dewa dewa kurang menarik perhatian.


bila da stat, aku da dapat agak dah ape ciri ciri pelakon dia. mesti la lelaki tu kaya, pompuan tu orang kampung tak pun pompuan tu cantik yang ntah silap mata memandang ke ape ke aku tak taulah. aku ni yang cantik xde pulak jejaka kaya jatuh hati kat aku. mungkin aku duduk kat kampung, well! HAHA!  walaubagaimanapon, ade jugak kisah pompuanye yang kaya, terjatuh hati kat lelaki yang tak tertarik kat dia.biasalah tu kan. tp yang penting mesti konon kononnya cinta pandang pertama. haiyo! kalaw lah semua orang kat Malaysia ni macam tu, indahlah dunia kan..tapi paling best lah kalaw cerita tu kene kahwin paksa, yang tu u ols semua mesti kene baca! HAHA! sumpah romantik!


bila dah macam tu. mestilah konon kononya banyak halangan lepas tu. owh, memang tragik betol kisah cinta diaorang. kadang kadang kesian jugak, macam nak tolong, tapi nk buat macam mana kan, aku bukanlah doktor cinta.

bila nak dibandingkan dengan kehidupan reliti, mestilah benda tu jarang jarang berlaku. ialah, ramai sangat ke anak orang kaya kat Malaysia ni yang suka kat perempuan yang tak berapa cantik sangat cantik macam u ols semua ni. dan untuk yang jejaka, nak ke pompuan kaya tu kat kaw. da cukop pakage kehenseman, kemachoan n etc yang diperlukan oleh seorang pompuan kayap kaya??

kalaw da bercinta, memang semuanya indah.


tapi aku memang lah tak dapat nak nafikan, kadang kadang aku pun terikut sekali menanges bila babak yang memang canot go( tak bole bla). novel pon boleh mewujudkan alam fantasi bagi si penggila pencintanya. bagi orang macam aku yang memang kuat berangan, memang habis lah kan. HAHA! si pencinta novel jugak, kalaw dia dah tau cerita tu tak best, tapi dorang mesti nak habiskan jugak, mcam dah ade satu rules and regulation untuk dorg. bila da baca mesti kene habeskan. ouh shit! matilah aku. kalaw dah tau tak best, nak buat apa membazir masa, pegilah cari novel lain. betol tak?

so, novel vs reliti kadang kadang tu adalah kot yang sama. tapi u ols semua tak payah nak berangan banyak sangat. banyak lagi yang lebih indah Allah dah aturkan untuk kita. kalau lah soalan novel tu kelua masa exam. mestilah korang semua paling expert nak jawab kan, tapi aku tengok masa sekolah dulu, budak budak bodoh kurang pandai memang suka baca novel, buku komsas tu tak nak pulak di bacanya. bila dapat result, hamek kaw! bm pon tak lulus. apa nak jadi budak budak sekarang ni. suka mementingkan yang tak penting. aduh, panjang pulak aku membebel.okeh okeh, sekian~

No comments:

Post a Comment