FairyTallQema

EverythingPossible

Friday, August 12, 2011

why girl mcm ni and mcm tu and bla bla bla....

assalamualaikum.

good morning to all my fellow frens. HAHA!



tat is the most important sentence yang mesti ade time korang buat presentation kan. aku sendiri pun tak paham. bukan tak bole pun buat sentence lain. like. erm..erm.. macam tak bole nak fikir la pagi pagi ni. sory. :)

oke. title today. WHY GIRL MACAM NI & MACAM TU & BLA BLA BLA...
ni soalan yang aku selalu dapat if kawan lelaki aku ade problem pasal cinta. cinta oh cinta. aku sendiri pun tak becinta. ape jawapan yang korang expect dari aku. haha. by the way, aku pun perempuan kan, so maybe bole la kot aku tolong sikit sikit.

first of all. ape yang korang tau pasal perempuan?
perempuan ni makhluk Allah yang sangat cantik ciptaan-Nya. and bila sebut pasal perempuan, boys mesti nak cakap yang sikap girls ni susah nak diramal. sekarang dia oke but selang 1 minit je girls dah bole berubah jadi macam macam. like. erm..erm.. betuka jadi hulk! pemarah sikit sikit.hee. boys tak sedar ke yang perubahan tu sangat power. haha! why? because boys bole ke buat macam tu. korang tak rasa ke perubahan tu macam superwoman change their costum to save the world! waaah, ayat cannot go. hee.

what do you expect from us boys?
as a girls, aku pun tak tau la ape yang boys nak. macam macam komen aku denga dari kawan aku. even fesyen tudung awek dia pun dia nak tegur. what the la boys. suka hati la. baru gf kot. belom jadi bini. korang semua tak tau pasal fesyen. =.=' (aku cakap macam la aku tau fesyen fesyen ni). biar la dia menikmati tudung berbelit macam ular sawa tu. bende tu tak menggangu korang pun. (walaupun aku rimas tengok orang pakai macam tu).

girls memang suka kalaw boys cakap dia cantik. betol tak gegurls gegurls sekalian? yeay! tat very right! sape yang kat dunia ni tak suka dipuji. even ustazah yang selalu merendah diri tu pun, kalaw korang puji dia cantik, mesti dia akan tersenyum sambil jawab.

 'Alhamdulillah, kecantikan Allah beri'. tat is very gud answer. :)

 try tanye girls yang rambut karat pulak. mesti dorang akan jawab.

' oh. yeke. thanks' sambil betul betulkan rambut and baju. what the!

pujian ni 1 bende yang subjektif. ade orang yang anggap pujian tu sebagai hinaan. so boys, careful lah bila nak memuji kaum kaum hawa. okay!

why girls kuat marah?
erm. very gud question. girls bukan kuat mara. kami just beri nasihat. HAHA! betol ape.

kenapa kami marah?
-maybe korang da janji nak date, tapi kaw datang lambat. memang tak la kami nak senyum.
-korang pakai selipar jepun je nak pegi date,eeww, tak smart langsung! pfft
-ape ni, pakai t shirt buruk. jatuh la saham.
-kenape aku merajuk, dia tak nak bagi bunga or soemthing else. (ni sumpah gedik!)
-kawan aku dapat blackbery mase birthday dia. aku dapat blackforest je.
-kenapa dia tak cakap i love u hari ni.

and bla bla bla....

semua bende yang kat atas ni akan buat gf korang marah. as a gud bf. korang kene la faham ape isi hati girls ni. girls suka dimanjakan. tapi kalaw da sampai bab blackbery bagai, tak payah la nak melayan sangat. dibuatnye dia tinggalkan kaw, tak melayang duit. so. SILA BUKA MATA LUAS LUAS. identify gf korang tu sejenis makhluk yang macm mana.

oke. HABIS! mengantuk.......zzz

Saturday, June 11, 2011

kl gangster!

assalamualaikum...

untuk hari sabtu dan ahad yang sememangnya telah termaktub untuk merehatkan badan, aku pun merehatkan badan dengan tengok muvie bersama ahli keluarga..

cerita yang aku pilih kali ni mestilah kl gangster sebab dia fresh lagi. kat u tube tak ade lagi, cetak rompak lagilah jauh kan.. mule mule malas gak nak tengok sebab kawan kawan aku selalu kata, rugi tengok cite melayu kat wayang, nanti bole beli cd.HAHAHA! tapi memang selalu macam tu pun sebab cite melayu ni, pusing pusing bende yang sama je yang dia nak tampilkan. contohnya macam cerita diana amir n farid kamil belakon tu. cite tu bakal kelua, tapi mesti orang ramai da tau da ape jalan cerita dia. sebab semuanya bole d agak dengan minda yang waras dan bijak macam aku.=.='

kl gangster yang dilakonkan oleh future husband aku, aron aziz. wow, SUPERB! gagahnya dia. tak kelip mata memandang.hahah! aksi yang pantas bole buat orang tak bosan. jalan cerita dia pun tak dapat nak agak sangat sebab dia tonjolkan dunia gangster. walaupun aku gangster, tapi aku masih tak dapat agak. mungkin sebab aku gangster kampung piasang je.hahah! aaron dengan bantuan adi putra, sophi and other memantapkan lagi cite tu, tambah lagi dengan lawak yang zizan bagi, memang kelaka lah.

dialek yang dorang gunakan pun lain. banyak bahasa mandarin n tag line2 yang kita senang nak hafal untuk diaplikasikan kat luar.haha. contohnya macam, ......................(tak ingat)hee..walaupun dorang ni bukan pelawak, tapi dengan dialek yang dorang gunakan pun dah bole buat orang ketawa.

scene air mata jangan ditinggalkan. masa zizan kene rodok ngan parang, masa tu aku rasa sedihla jugak. ye la, kawan baik kene rodok kan. yang lain tu, biase biase je lah. tapi satu je yang aku tak berkenan, ending macam .............! apesal tibe tibe hero masuk penjara balek. kan dia da tolong tumpaskan gengster kat kl, disumbat dia sekali masuk penjara wat pe..haiya,,,ini olang manyak langsi wo! patotnya, buatla ending family aron aziz tu hidup bahagia, semua adik beradik dia da insaf. oke sikit kot, rak de la mnyakitkan hati penonton sangat mcam ending cerita asmara 2. itu lagi la menyakitkan hati.

tapi overall,,oke kot. kawan kawan aku pun cakap best. 4 bintang!

Friday, June 10, 2011

lelaki oh lelaki.

assalamulaikum...

semua orang mestilah penah becinta. tak kisah la cinta tu hanya untuk seminit or korang masih becinta sampai saat ni. tapi, dalam becinta ni selalunya mesti ade masalah curang. even orang dah kahwin pun masih bole curang, ni kan pulak korang yang baru setahun jagung.

kebiasaanya orang yang dah selalu becinta mase sekola dulu, bila dia da mencecah umur 20, dia mesti dah malas nak becinta. sebab dia dah bosan dengan perangai pasangan masing masing. basically, orang kat  pusat pengajian tinggi, rata rata kalaw tanye semua single. tapi kene ingat, mmg dorang tu single, tapi skandal dorg, jangan di lupakan. skandal adalah penting. HAHAH!

sebut pasal cinta, boys n gurl ade belainan cara nak intepret. boys mmg selalu cool je, walau bnyak mane pun masalah dorg, dorang tak kan terbawa bawa dalam kehidupan seharian. contohnya kalaw awek merajuk and tutup phone, hello perempuan, kaw ingat dia tu keje nak jaga kaw je ke, kaw jangan perasan oke, dorang tu tak penah kesah kat kaw pun. even kaw cakap nak bunuh diri pun, paling paling mesti dia akan ckap.
"janganla u. u tak sayang i ke", tapi dalam hati, malas da aku nak layan perempuan ni.
itu kebenaran, lelaki tak kan terbawak bawak dalam kehidupan seharian dia, dia tak kan termenung kenangkan kaw.tapi gurl pulak, mestilah tak nak makan. peg kelas pun tak cncntrate. menanges tak tentu pasal..HAHAH! tat is PEREMPUAN.

lelaki ni dia tak penah ade rase simpati kat diri sendiri. tengokla, dr. dah cakap rokok bahaya pun, masih nak jugak. hee..tat not wat i mean, the truth is, boys ni dia tak kesa pun kalaw dia clash. bila kawan kawan tanye,
"mane awek kaw bai?", dia mesti jawab, "aku dah putus lah", dengan selamba. berbeza pulak kalaw perempuan.
"amacam kaw ngn mamat tu?", mesti gurl akan jawab,"kaw jangan tanya pasal mamat tu lagi bole tak."..betol tak..:))

masa depan lagi penting bagi lelaki. lelaki akan pentingkan kerja dan kehidupan seharian dorang, walaupun dia dah putus cinta ngan korang, dia masih teruskan hidup dia, bagi perempuan pulak, mesti dia akan kene strok kejap. gila sekejap dan sebagainya. kononnya dunia da terhenti bagi dia. hello gurl, masa n bumi tak kan penah berhenti untuk kaw seorang. perempuan lebih suka maratapi n selalu pikir knapa bole jadi macam tu!

pandangan lelaki jika ade awek ialah satu bonus bagi mereka. bole dijadikan time bosan dan bole juga dilupakan time mereka seronok.=.=".kalaw tak ada makwe, dorang lagi suka habeskan masa dengan kerjaya dorang n beriadah ngan kawan kawan. gurl pulak rasa, wajib ade pakwe. kalaw tak hidup tak lengkap. tak de orang teman pegi jalan jalan, tengok wayang, shoping. PEREMPUAN! lengkap je hidup kalaw tak ade pakwe, family ade, kawan kawan ade. yang penting, Allah ade..jangan risaw tentang hdup kaw yang tak lengkap tu, Dia dah aturkan segalanya untuk kaw.:))

bila putus cinta, lelaki akan merasakan perempuan tu tak sesuai untuk dia. after that, msti dia akan cari lain. so, si perempuan tak payahla risaw sangat dengan si dia. dorang tu, berapa hari je dah dapat ganti. jangan pecaya sangat kalaw dia kate lepas ni dia tak nak becinta lagi.

"lelaki tak suka dengar n perempuan tak tau bace peta" means tat lelaki ni tak suka bincang isu peribadi sebab dia tak nak rosakkan mood dia. lelaki jugak pandai berlakon sebenarnya. dorang ni sangat suka bermain ngan sumpah,. dorang akan sanggup besumpah menyatakan yang dia tak kecewa, walhal dorang tu tengah frust menonggeng, lagi lagi bila awek tu yang tinggalkan dia. gud bye la kaw mamat! :p

menangis seperti budak kecil bukan untuk lelaki. ego lelaki sangat tinggi. dorang tak kan jatuhkan air mata depan orang ramai lagi lagi depan orang yang dia sayang. dalam masa yang sama, sebenarnya lelaki ni tak penah besimpati kat diri sendiri. terluka macam mane pun, dia mestila buat bodo je. putus cinta bukanlah satu trauma untuk tak becinta lagi. berbanding dengan perempuan, mereka mesti akan mengenang ape yang telah terjadi. mesti trauma dasyat gila. padahal baru becinta 3 hari..ahhah! shit lah kalaw macam tu. over sangat namanya bedah oi.

so, kaum hawa, kawal emosi masing masing from si keparat.:))

Thursday, April 21, 2011

zaman tadika

assalamualaikum,

sebok berkomen komen dengan kawan dulu dulu, teringat pulak kenangan kenangan manis zaman kanak kanak dulu. sape yang cakap zaman kanak kanak tu zaman bodoh bodoh. maknanya, korang je la yang bodoh kurang pandai, aku oke je..hahah!

mase zaman kecik kecik dulu, orang paggil aku gegster sebab aku memang suka buli orang. tapi depan cekgu, seputih murni hati tu. sekelumit kuman pun tak ade.hahah! cerita aku sekola start mase sekola tadika. chek mama ngn tuan ayah tak kaya. aku sekola kampung je.

mase 1st day masok sekolah tadika, orang semua nanges nanges tak bagi mak dorang balek, aku je dengan muka riak dan takabbur,
"ape mama buat ni, pegilah balek."
hahha..amacam, cool kan.. aku suro chek mama balek. kesian dia, penat chek mama amek cuti sebab excited nak hanta anak pegi sekola tapi anak halau pulak dia balek..
mase tadika, akulah paling glamor, nak tau sebab ape..haha! chek nenek memang suka menjahit. aku pulak cucu kesayangan.habes semua baju sekola aku dijait manik.ahhaah! lip lap lip lap baju aku. macam artis. mase tu semua orang jeles.
kelebihan aku pulak, aku bole bace secepat keretapi, tulis sepantas kilat & ermm ermm, dan sebagainya. haha! akulah ketua kelas masa tu sebab aku paling garang. dalam garang garang aku tu, sebenanya aku ni kuat buli anak orang. tangan aku selalu naik kat muka anak orang yang annoying bagi aku. lantas mak bapak mereka pun suka jumpa chek mama dan tuan ayah! haha, masa tu memang rotan lah jawabnya..naseblah chek nenek ade, dia yang selalu selamatkan aku & abang aku.

disebabkan aku punya pemikiran tak macam budak budak yang lain, cekgu suka suro aku masuk syarahan & pidato. mase tu paling excited ialah tuan ayah. tuan ayah mesti latih aku hari hari depan dia. woo, tak sanggup aku. hidup aku bukan macam korang semua. aku tak boleh pegi maen keja keja kat laman ruma, tak bole nak pegi ruma kawan maen teng teng, maen getah. hidup aku dalam rumah. kecuali kalaw aku kene tinggal dengan chek nenek. haha, memang tak duduk rumah lah.

zaman sekola tadika dulu, suara korang tak sedap macam mana pun, mesti cekgu akan suro korang nyanyi jugak. betol tak? haha.penipu kalaw cakap tak betol. siap jadi ketua lg. duduk depan pegang microfon. bila senyum gigi rongak.hahha! can not go betollah. kadang kadang ade yang menanges sebab takot. macam macam je.

zaman sekola tadika dulu, korang lah paling expert bab bace bace doa ni..cakap je doa ape, semuanya hafal. sekarang?? doa makan pun korang dah lupa kan. haha! kalaw boleh, semua doa nk aplikasi, sampai kadang kadang chek mama ngn tuan ayah yang menyampah. malas nak melayan kerenah anak anak.

err..tiba tiba dah penat.oke, next time sambung lg..bye..:))

Sunday, April 17, 2011

kisah cinta

Assalamualaikum,

cinta. ada ape pada cinta. perlu ke nak nyanyi lagu C.I.N.T.A yang XPDC nyanyi 2..HAHA! tak mungkin lah kan.merepek ape pulak aku malam malam ni. cinta tu terlalu subjektif nak digambarkan oleh para manusia. banyak orang cakap cinta itu buta, tapi aku tengok, tak de lah ramai sangat orang buta kat malaysia ni means, orang malaysia tak pandai becinta lah ek. betol ke?? haha! memang tak lah kan.

bedasarkan kajian terhadap cerita cerita melayu, kebanyakan cerita bekisarkan tentang cinta. antara cinta si kaya atau si miskin, ejaan dan sebutan tetap sama.CINTA. meh aku cite sikit kisah cinta sebena yang penah belaku kat malaysia ni.

kisah pertama, di adaptasikan dari filem _________.sebab ape kosong, sebab aku pun tak tau filem ape..haha! korang cari lah sendiri filem ape, telemovie ke, filem pendek ke ape ke, lantak korang lah. kisah cinta bermula ketika................pada suatu hari yang hening, ditepi tasik yang damai, ketika itu, angin telah meniup sepoi sepoi bahasa. maka, cerita aku tak de kene mengena dengan angin pun. =.='. cerita dia macam ni. tuan s ni kira tua lah dari chek n. mereka couple dah lame. sejak form 2 lagi. tapi, masa dan tempat telah mengubah kisah cinta mereka. dari semanis manis lolipop hinggalah semasin masin taik hidung dorang dah lalui. tapi chek n da berubah.tuan s masih lagi setia melayan kerenah chek n yang mengada ngada. padahal, chek n dah malas nk layan tuan s. mesage tak balas, call tak angkat. tapi jauh d sudut hati chek n, dia masih sayangkan lagi tuan s. see, tuan s banyak korbankan kesabaran dan chek n yang gila tu dah buktikan yang cinta tak perlu ditunjukkan dengan kata kata dan perbuatan. (tapi padahal perbuatan dia tu sangat menyakitkan hati!).ahhaha.

kisah kedua pulak, orang baru nak bercinta. kisah ni baru je dapat. dia real tau jadi macam kat dalam tb.HAHA! masa aku dapat tau, memang aku tergelak sakan lah. kisah cinta bermula mase mereka bertemu dalam satu program. entah macam mane, hati tuan f tersangkut kat hati chek s macam sangkut baju pakai hanger tu. bila dah macam tu, dorang pon mulakan love lesson dorang.haha! sumpah kelaka! apelah naseb yang menimpa tuan f sebab dapat chek s yang tak romantik langsung dan bila kata kata cinta diluahkan, perkara pertama dia buat ialah. gelak macam babi pakai tindik kat hidung. tak lama selepas itu, tuan f telah mem-propose chek s tapi chek s tak terima sebab baru kenal. bila dah macam tu, pada suatu ketika, chek s dapat call dari kawanya yang mulut belacan mengatakan ternampak tuan f bersama girl lain! OMG! siapa siput babi tu! maka, chek s telah memutuskan semua jantan sama je. bila nampak pompuan, macam babi nampak kepsi.er..ermmm..i mean...mungkin mata kerangjang.hee. tapi, tak lama tu. macam yang aku cakap tadi, bila hati masing masing dah tersangkut dek hanger, sepahit pahit taik cicak pun diterima juga. okeh, habis kisah kaw chek s dan tuan f. see, cinta tu pahit macam mana pun, tepakse lah terima kalaw dah sayang. always think positive ye chek s sebab girl tu kawan tuan f. janganlah kuat cemburu sangat..:))

kisah cinta chek a pulak tak ke mana. mungkin dia fail amek emotional mangement mase time belaja kat sekola dulu. tapi ade ke, lantak lah.haha! dia punya kisah menyayat hati sikit. cinta yang disemai hampir 5 tahun hilang macm tu je sebab tu lah. lelaki, macam babi nampak kepsi..upss..once again, hee..mata keranjang. tapi chek a belom penah cari pengganti untuk tuan t. tapi tuan t, dah beganti ganti dah peganti dia..haha.see. chek a tak sepatotnya jadi bodoh, jadi baik sangat. kaw patotnya, pegilah cari peganti bia dia tau kaw lagi hot dari dy. kaw bole dapat yang lagi bagus dari dia. okeh, aku pulak yang emo lebih haha!

cinta tu perlu banyak pengorbanan. kalaw tak sanggup atau takut dengan-Nya, becintalah lepas korang dah ada hubungan yang halal. yang tu lebih diberkati. kalaw setakat cinta monyet, bagi surat penuh dengan bedak tu, tak payah lah. buang masa je. haha! tiba tiba teringat kisah cinta masa kecik kecik dulu.ish! dah dah. aku stop kat sini dulu. bye.:))


I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it’s wrong to love you
Then my heart just won’t let me right
Cause I’ve drowned in you
And I won’t pull through
Without you by my side
I’d give my all to have
Just one more night with you
I’d risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can’t go on
Living in the memory of our song
I’d give my all for your love tonight
Baby can you feel me
Imagining I’m looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you’re so far
Like a distant star
I’m wishing on tonight
I’d give my all to have
Just one more night with you
I’d risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can’t go on
Living in the memory of our song
I’d give my all for your love tonight
I’d give my all to have
Just one more night with you
I’d risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can’t go on
Living in the memory of our song
I’d give my all for your love tonight
Give my all for your love
Tonight.....

Tuesday, April 12, 2011

novel vs realiti

assalamualaikum,

buat pertama kalinya aku dapat habes bace sebanyak 2 novel dalam masa seminggu. fuh! terer jugak aku ni selalu kadang-kadang. selepas membuat kajian, aku pon tak taulah kenapa orang suka sangat bace novel ni lepas tu nk feeling feeling terlebih sampai nak nanges nages. hah, korg bace la entri ni sampai habes, barulah korang akan memahami hati si pencinta novel ni.

novel biasanya akan dimulakan dengan prolog yang akan membuatkan kita tertanya tanya apa yang akan jadi berikutnya. tapi ada jugak novel yang stat stat da bosan nak mampos tahap dewa dewa kurang menarik perhatian.


bila da stat, aku da dapat agak dah ape ciri ciri pelakon dia. mesti la lelaki tu kaya, pompuan tu orang kampung tak pun pompuan tu cantik yang ntah silap mata memandang ke ape ke aku tak taulah. aku ni yang cantik xde pulak jejaka kaya jatuh hati kat aku. mungkin aku duduk kat kampung, well! HAHA!  walaubagaimanapon, ade jugak kisah pompuanye yang kaya, terjatuh hati kat lelaki yang tak tertarik kat dia.biasalah tu kan. tp yang penting mesti konon kononnya cinta pandang pertama. haiyo! kalaw lah semua orang kat Malaysia ni macam tu, indahlah dunia kan..tapi paling best lah kalaw cerita tu kene kahwin paksa, yang tu u ols semua mesti kene baca! HAHA! sumpah romantik!


bila dah macam tu. mestilah konon kononya banyak halangan lepas tu. owh, memang tragik betol kisah cinta diaorang. kadang kadang kesian jugak, macam nak tolong, tapi nk buat macam mana kan, aku bukanlah doktor cinta.

bila nak dibandingkan dengan kehidupan reliti, mestilah benda tu jarang jarang berlaku. ialah, ramai sangat ke anak orang kaya kat Malaysia ni yang suka kat perempuan yang tak berapa cantik sangat cantik macam u ols semua ni. dan untuk yang jejaka, nak ke pompuan kaya tu kat kaw. da cukop pakage kehenseman, kemachoan n etc yang diperlukan oleh seorang pompuan kayap kaya??

kalaw da bercinta, memang semuanya indah.


tapi aku memang lah tak dapat nak nafikan, kadang kadang aku pun terikut sekali menanges bila babak yang memang canot go( tak bole bla). novel pon boleh mewujudkan alam fantasi bagi si penggila pencintanya. bagi orang macam aku yang memang kuat berangan, memang habis lah kan. HAHA! si pencinta novel jugak, kalaw dia dah tau cerita tu tak best, tapi dorang mesti nak habiskan jugak, mcam dah ade satu rules and regulation untuk dorg. bila da baca mesti kene habeskan. ouh shit! matilah aku. kalaw dah tau tak best, nak buat apa membazir masa, pegilah cari novel lain. betol tak?

so, novel vs reliti kadang kadang tu adalah kot yang sama. tapi u ols semua tak payah nak berangan banyak sangat. banyak lagi yang lebih indah Allah dah aturkan untuk kita. kalau lah soalan novel tu kelua masa exam. mestilah korang semua paling expert nak jawab kan, tapi aku tengok masa sekolah dulu, budak budak bodoh kurang pandai memang suka baca novel, buku komsas tu tak nak pulak di bacanya. bila dapat result, hamek kaw! bm pon tak lulus. apa nak jadi budak budak sekarang ni. suka mementingkan yang tak penting. aduh, panjang pulak aku membebel.okeh okeh, sekian~