FairyTallQema

EverythingPossible

Saturday, February 25, 2012

ni bukan blog aku pon.

assalamualaikum,

seminit lepas ade orang bagi aku password blog dia. kih2, aku buat2 jual mahal konon tak nak. padahal aku dah pikir dah ape aku nak menaip. hahaha~ pedulik laa. aku mmg paling ego pon. ego tapi comel. pedulik la nak cakap aku masok bakul ke ape. abes asyik dengar benda yang sama je orang cakap kat aku, automatik aku dah paham sendiri.

ok, nak tau pekenalan aku dengan qema dan jugak si kecoh nurul. actually, pada awal perkenalan kami, kitorg xsuke each other pon, sampai la satu part, dimana quiz FAR aku gile terok, qema antara paling highest. so, aku terpakse la bermuka manis mesej dia suruh ajar aku. sebenarnya aku sangat sombong tak reti nak bergaul dengan budak kelas. abes kelas balik bilik tidur. aku kawan dengan senior2 wing aku je. ye, memang aku kerek.

sejak aku menaikkan markah far aku tu la, aku start baik dengan dia. mase tu dia memang dah baik-baik dengan Nadiah dengan nurul. so, aku dapat kelebihan kat situ, baik dengan qema, sama dengan baik dengan nurul dengan nadiah.





zaman dinner part1 @uitm segamat. semua muke innocent




Start part 1 ni la, aku baik dengan mereka. tibe2 je boleh hang out sampai melaka sama-sama. pergi kelas sama-sama, tidur sama-sama, sebelum tidur, qema ni jenis yang suka pillow- talk. kau borak-borak dengan dia, tiba-tiba je kau dah kat alam lain.


senang cerita, kitorang memang ade instinct untuk menjadi girlfriend forever. pasal nurul, dia memang sangat best. aku ingat lagi wei, mase kitorang part 1, every month dia akan ade tagline sendiri, 'oh,mak meow' anta yang paling aku ingat sampai sekarang.  haha~ that super duper funny. setiap kali dengan diorang ni aku memang akan gelak sampai tak hingat dunia, lepas tu tidur esok bangun gelak lagi, tidur gelak.




part 2. the moment that can't be delete. *boring



ape yang buat kitorang boleh rapat sangat2? aku sendiri tertanya2 la ape reason aku nak baik dengan budak2 pelik, yang sorang pantun terabur, yang sorang kalo gelak, 5minit lepas tu baru stop.aku je yang paling cool.
kesayangan 1, si pelik




kesayangan 1, tolong kurangkan minit gelak awak


tapi yang penting, aku pernah pergi jumpe nurul tengah2 malam, ketuk pintu bilik dia, dia bukak pintu, terus aku menangis kat bahu dia.. moment ni, insya Allah, sampai mati pon aku xkan lupe. ape nurul buat nak suruh aku cheer up? dy bagi makan coklat yang orang bagi kat dia. coklat mahal dia, dia simpan. tapi dia bukan kedekut ok. lepas tu, automatik aku gelak-gelak dengan dia. haha, nurul. i love you so much. jom la kite kawen..



pasal qema,ini rakan makan saya. asal lapar je, mesej, 'qema lapar' automatik dah ade kat tempat makan. nmpk x kuasa qema terhadap makanan. setiap kali pergi makan, mata sangat memainkan peranan. ok, rahsia kite 2orang je. xelok kalo my MEH terbace bende ni. 


so,ape yang kau xkan lupe pasal qema?


itu soalan aku dah jawap mule2 bukak cite la kawan.. qema ajar aku cara-cara berkawan, tu yang start kawan dengan nurul, kawan dengan nadia, kawan dengan nai, kawan dengan kawan kawan. hihihi
qema pon aja Far jugak. thanks. Qema pon slalu teman makan walaupon dia tak lapar. lantak laa, janji asal ingat makan je, ingat Qema. capital Q. i love you. 


the best ever moment with 2person i love most.
(pulau kapas,2011) thanks PERSIDA.





sejujurnye, setiap kali dengar lagu ni je, mesti akan teringat kat 2orang manusia ini dan jugak beberapa kesayangan lain termasok kesayangan dalam hati,(you know who u are). sejujurnya setiap kali dengar lagu ni akan berfikir, apekah nanti masa degree aku jumpe manusia yang mcm budak 2 orang ni yang slalu xkisah dengan ape aku buat, yang slalu redha je kalau aku marah2. ok,semoga kite bertiga disatukan di tempat degree yang sama. semoga kite ditemukan dengan jodoh yang baik. (hehe) semoga nurul cepat kawen, diikuti dengan qema. aku kawen lambat sikit. 








nurul, qema,encik sweet talker,lagu ni khas untuk awak semua. 

SALAM MENGUNDUR DIRI. kalo x tukar password, insya Allah ade la jejak aku lagi. hihi, comelnye dapat tulis kt belog MERAH ini. 




SHUHAIDA SHAFIE

gambar yang di ambil oleh beloved.tapi aku suke <3


p/s: xade ape yang mampu putus kan persahabatan kite, as long as kite xdengar cakap orang yang bukan2 pasal kite. kan?yang penting kite saling sayang2 dah la. eh,apsal korang xpernah pakai baju aku bagi ekh? mintak balik kang.....


friends. :) Here You Are.

assalamualaikum.

hey peeps, guys, jejaka handsome and awesome, girl yang tak berapa nak hadap sangat. erk. haha. okay sorry. gadis gadis yang comel belaka macam aku. :))

here we are. setelah lama aku diam. hari ni bagi aku mencarut sekejap.

makin lama aku makin tua and aku tak sedar pun aku dah 21. yes, aku dah DUA PULUH SATU. puih! tapi jangan risau guys, muka masih mantain comel lagi. bhahah.

semakin kita tua, ade satu perkara yang kita sedar tak pernah hilang dari hidup kita. thats is FRIEND. who is your friend. tak kisah la bestfriend, boyfriend, girlfriend. as long FRIEND, itulah yang tetap ade dalam hati kita.

aku tak pernah ade boyfriend or girlfriend!
what the fuuu la kau nak mengaku macam tu. even budak yang pakai purdah pun ade kawan lelaki. its not your balak. its friend. kau kene faham istilah istilah ni. huh, penat hanta belaja tinggi tinggi.
tak kisah kau macam mana pun. mesti kau ada kan kawan kawan ni. tak kisah la dia ni stok stok tomboy or sotong. kau tetap nak jugak kawan dengan dorang.

balak or gf aku tak bagi aku kawan dengan lelaki or girl.
yes. inilah isu besar sekarang ni. kebanyakan kekasih hati korang semua membataskan persahabatan korang. ape yang kau perlu buat ialah, keluar je senyap senyap. dah kelua, bejimba, seronok, amek gamba pun dah puas, kau balik lah rumah. then baru beritau. conform bf or gf kau akan mengamuk lepas tu. haha. okay okay, macam ni sebenanye, aku pun tak tau nak buat macam mane sebab aku pun ade masalah yang sama. tapi kawan baik aku kata, hati kawan perlu dijaga sebab kawan ni tak makan ayat I LOVE YOU. bf and gf kau je yang makan ayat tu. then kau pujuk pujuk manja sikit okaylah kan. ape ade hal. korang kan expert bab pujuk memujuk ni. ape buat muka tu, tak nak mengaku ke. hello, tengok cermin sikit. sama ada sedar atau tak, semua orang ada talent tu. *include aku. okay, semua diam. tak payah dok gelakkan aku.
kawan kau tu kau dah kenal lama bhai. takkan kau nak tinggalkan macam tu je kan demi bf kau yang baru kau kenal semalam. kau conform ke dia kawen dengan kau.

ayah aku selalu pesan kat abang aku
" tak payah nak dikongkong sangat anak dara orang tu, dia bukan milik kau lagi" cool kan ayah aku. :)) macam aku. hahaaha.

ape kegunaan FRIENDS??
kau tanya ape kegunaan kawan. serious kau tanya. tak menyesal ke dengan soalan tu. rasa macam kau baru lahir semalam bila tanya soalan tu. kawan tu sangat berguna masa kau dalam kesusahan. pada aku, lagi penting dari family. SERIOUS SPEAKING. kawan ialah insan yang selalu ada dengan korang almost setiap saat. bila ada masalah, kau nak ke cerita dengan mak ayah kau, expecially bab cintan cintun ni. mau kau dengar khutbah jumaat tak pun conform conform kau kene azan. aku jamin weyh. kawan la yang patut kau cari untuk luahkan masalah kau. time kau takde duit, mak ayah kau tak nak bg duit sebab kau terlampau banyak guna duit, masa tu lah kawan berguna. pinjam lah duit dengan kawan kau tu. tapi make sure BAYAR. jangan tak bayar pulok.

and dalam hidup aku. banyak insan yang terlampau baik. expecially bila aku rasa campus life. bila takde duit, ade je yang sponsor aku makan. jalan jalan dengan kawan. menangis dengan kawan kawan. kene hentam dengan kawan kawan jugak. nak gaduh dengan junior pun dengan kawan kawan jugak. semuanya pasal korang! meh aku mention nama sikit.

SHUHAIDA SHAFIE- budak ni kuat membebel gila. bila aku malas study, dia akan sedaya upaya cari ayat yang paling power untuk takutkan aku walaupun dia tau aku tak makan benda benda macam tu. haha. dia ni la yang suka sponsor aku punya makan. aku dengan dia hidup memang untuk makan. alergik bila dengar orang cakap nak diet. bila ade lelaki handsome, mata kteorang je yang akan berbicara then kteorang akan gelak. sixth sense katanya. bahhaa.

NURUL- budak ni paling pelik aku pernah jumpa selama hidup aku. stail dia lain dari yang lain. aku pun tak tau. tapi budak ni kalau kau cerita masalah kau kat dia, baik baik cerita tu sedih terus je jadi lawak. memang tak payah nak membazir air mata okay. senang je hidup dia. dah nak kawen budak ni. :p

SHAFINAZ- budak ni pulak muka kental. tapi hati tisu. tak dapat dapat soalan homework pun menages. 24/7 depan skype dengan kekasih hati. tapi perangai sama dengan aku. gila gila. ni sama la dengan sue, suka bagi aku makan banyak banyak.

SHAFIRA- suka sangat gelak tak habis. aku pulak yang tolong habiskan dia gelak. suka tarik rambut aku yang cantik ni. and suka buat perangai pelik macam bangun tidur tuang air, minum, sambung tidur. takpun, bangun tidur, bukak tb dengan excitednya tapi tak sampai 5 minit nanti dia masuk bilik sambung tidur.

HAYATI- mak dia mak aku. senang cakap. haha. suka belanja aku aiskrim. tak pandai pujuk orang menages. 1 kepala bab tuuuuuuuut dengan aku.haha

FARAHA ADILA- housemate gila aku. aku panggil dia mak sebab dia memang macam mak mak bila nasihatkan orang.

NADIAH- budak suka becerita dengan gaya tangan sambil gelak. kene dengar betul betul kalau dia cakap. haha

penatla nak cerita pasal korang, dah dah la tumpang populariti aku,. haha.

ok bai.

Friday, August 12, 2011

why girl mcm ni and mcm tu and bla bla bla....

assalamualaikum.

good morning to all my fellow frens. HAHA!



tat is the most important sentence yang mesti ade time korang buat presentation kan. aku sendiri pun tak paham. bukan tak bole pun buat sentence lain. like. erm..erm.. macam tak bole nak fikir la pagi pagi ni. sory. :)

oke. title today. WHY GIRL MACAM NI & MACAM TU & BLA BLA BLA...
ni soalan yang aku selalu dapat if kawan lelaki aku ade problem pasal cinta. cinta oh cinta. aku sendiri pun tak becinta. ape jawapan yang korang expect dari aku. haha. by the way, aku pun perempuan kan, so maybe bole la kot aku tolong sikit sikit.

first of all. ape yang korang tau pasal perempuan?
perempuan ni makhluk Allah yang sangat cantik ciptaan-Nya. and bila sebut pasal perempuan, boys mesti nak cakap yang sikap girls ni susah nak diramal. sekarang dia oke but selang 1 minit je girls dah bole berubah jadi macam macam. like. erm..erm.. betuka jadi hulk! pemarah sikit sikit.hee. boys tak sedar ke yang perubahan tu sangat power. haha! why? because boys bole ke buat macam tu. korang tak rasa ke perubahan tu macam superwoman change their costum to save the world! waaah, ayat cannot go. hee.

what do you expect from us boys?
as a girls, aku pun tak tau la ape yang boys nak. macam macam komen aku denga dari kawan aku. even fesyen tudung awek dia pun dia nak tegur. what the la boys. suka hati la. baru gf kot. belom jadi bini. korang semua tak tau pasal fesyen. =.=' (aku cakap macam la aku tau fesyen fesyen ni). biar la dia menikmati tudung berbelit macam ular sawa tu. bende tu tak menggangu korang pun. (walaupun aku rimas tengok orang pakai macam tu).

girls memang suka kalaw boys cakap dia cantik. betol tak gegurls gegurls sekalian? yeay! tat very right! sape yang kat dunia ni tak suka dipuji. even ustazah yang selalu merendah diri tu pun, kalaw korang puji dia cantik, mesti dia akan tersenyum sambil jawab.

 'Alhamdulillah, kecantikan Allah beri'. tat is very gud answer. :)

 try tanye girls yang rambut karat pulak. mesti dorang akan jawab.

' oh. yeke. thanks' sambil betul betulkan rambut and baju. what the!

pujian ni 1 bende yang subjektif. ade orang yang anggap pujian tu sebagai hinaan. so boys, careful lah bila nak memuji kaum kaum hawa. okay!

why girls kuat marah?
erm. very gud question. girls bukan kuat mara. kami just beri nasihat. HAHA! betol ape.

kenapa kami marah?
-maybe korang da janji nak date, tapi kaw datang lambat. memang tak la kami nak senyum.
-korang pakai selipar jepun je nak pegi date,eeww, tak smart langsung! pfft
-ape ni, pakai t shirt buruk. jatuh la saham.
-kenape aku merajuk, dia tak nak bagi bunga or soemthing else. (ni sumpah gedik!)
-kawan aku dapat blackbery mase birthday dia. aku dapat blackforest je.
-kenapa dia tak cakap i love u hari ni.

and bla bla bla....

semua bende yang kat atas ni akan buat gf korang marah. as a gud bf. korang kene la faham ape isi hati girls ni. girls suka dimanjakan. tapi kalaw da sampai bab blackbery bagai, tak payah la nak melayan sangat. dibuatnye dia tinggalkan kaw, tak melayang duit. so. SILA BUKA MATA LUAS LUAS. identify gf korang tu sejenis makhluk yang macm mana.

oke. HABIS! mengantuk.......zzz

Saturday, June 11, 2011

kl gangster!

assalamualaikum...

untuk hari sabtu dan ahad yang sememangnya telah termaktub untuk merehatkan badan, aku pun merehatkan badan dengan tengok muvie bersama ahli keluarga..

cerita yang aku pilih kali ni mestilah kl gangster sebab dia fresh lagi. kat u tube tak ade lagi, cetak rompak lagilah jauh kan.. mule mule malas gak nak tengok sebab kawan kawan aku selalu kata, rugi tengok cite melayu kat wayang, nanti bole beli cd.HAHAHA! tapi memang selalu macam tu pun sebab cite melayu ni, pusing pusing bende yang sama je yang dia nak tampilkan. contohnya macam cerita diana amir n farid kamil belakon tu. cite tu bakal kelua, tapi mesti orang ramai da tau da ape jalan cerita dia. sebab semuanya bole d agak dengan minda yang waras dan bijak macam aku.=.='

kl gangster yang dilakonkan oleh future husband aku, aron aziz. wow, SUPERB! gagahnya dia. tak kelip mata memandang.hahah! aksi yang pantas bole buat orang tak bosan. jalan cerita dia pun tak dapat nak agak sangat sebab dia tonjolkan dunia gangster. walaupun aku gangster, tapi aku masih tak dapat agak. mungkin sebab aku gangster kampung piasang je.hahah! aaron dengan bantuan adi putra, sophi and other memantapkan lagi cite tu, tambah lagi dengan lawak yang zizan bagi, memang kelaka lah.

dialek yang dorang gunakan pun lain. banyak bahasa mandarin n tag line2 yang kita senang nak hafal untuk diaplikasikan kat luar.haha. contohnya macam, ......................(tak ingat)hee..walaupun dorang ni bukan pelawak, tapi dengan dialek yang dorang gunakan pun dah bole buat orang ketawa.

scene air mata jangan ditinggalkan. masa zizan kene rodok ngan parang, masa tu aku rasa sedihla jugak. ye la, kawan baik kene rodok kan. yang lain tu, biase biase je lah. tapi satu je yang aku tak berkenan, ending macam .............! apesal tibe tibe hero masuk penjara balek. kan dia da tolong tumpaskan gengster kat kl, disumbat dia sekali masuk penjara wat pe..haiya,,,ini olang manyak langsi wo! patotnya, buatla ending family aron aziz tu hidup bahagia, semua adik beradik dia da insaf. oke sikit kot, rak de la mnyakitkan hati penonton sangat mcam ending cerita asmara 2. itu lagi la menyakitkan hati.

tapi overall,,oke kot. kawan kawan aku pun cakap best. 4 bintang!

Friday, June 10, 2011

lelaki oh lelaki.

assalamulaikum...

semua orang mestilah penah becinta. tak kisah la cinta tu hanya untuk seminit or korang masih becinta sampai saat ni. tapi, dalam becinta ni selalunya mesti ade masalah curang. even orang dah kahwin pun masih bole curang, ni kan pulak korang yang baru setahun jagung.

kebiasaanya orang yang dah selalu becinta mase sekola dulu, bila dia da mencecah umur 20, dia mesti dah malas nak becinta. sebab dia dah bosan dengan perangai pasangan masing masing. basically, orang kat  pusat pengajian tinggi, rata rata kalaw tanye semua single. tapi kene ingat, mmg dorang tu single, tapi skandal dorg, jangan di lupakan. skandal adalah penting. HAHAH!

sebut pasal cinta, boys n gurl ade belainan cara nak intepret. boys mmg selalu cool je, walau bnyak mane pun masalah dorg, dorang tak kan terbawa bawa dalam kehidupan seharian. contohnya kalaw awek merajuk and tutup phone, hello perempuan, kaw ingat dia tu keje nak jaga kaw je ke, kaw jangan perasan oke, dorang tu tak penah kesah kat kaw pun. even kaw cakap nak bunuh diri pun, paling paling mesti dia akan ckap.
"janganla u. u tak sayang i ke", tapi dalam hati, malas da aku nak layan perempuan ni.
itu kebenaran, lelaki tak kan terbawak bawak dalam kehidupan seharian dia, dia tak kan termenung kenangkan kaw.tapi gurl pulak, mestilah tak nak makan. peg kelas pun tak cncntrate. menanges tak tentu pasal..HAHAH! tat is PEREMPUAN.

lelaki ni dia tak penah ade rase simpati kat diri sendiri. tengokla, dr. dah cakap rokok bahaya pun, masih nak jugak. hee..tat not wat i mean, the truth is, boys ni dia tak kesa pun kalaw dia clash. bila kawan kawan tanye,
"mane awek kaw bai?", dia mesti jawab, "aku dah putus lah", dengan selamba. berbeza pulak kalaw perempuan.
"amacam kaw ngn mamat tu?", mesti gurl akan jawab,"kaw jangan tanya pasal mamat tu lagi bole tak."..betol tak..:))

masa depan lagi penting bagi lelaki. lelaki akan pentingkan kerja dan kehidupan seharian dorang, walaupun dia dah putus cinta ngan korang, dia masih teruskan hidup dia, bagi perempuan pulak, mesti dia akan kene strok kejap. gila sekejap dan sebagainya. kononnya dunia da terhenti bagi dia. hello gurl, masa n bumi tak kan penah berhenti untuk kaw seorang. perempuan lebih suka maratapi n selalu pikir knapa bole jadi macam tu!

pandangan lelaki jika ade awek ialah satu bonus bagi mereka. bole dijadikan time bosan dan bole juga dilupakan time mereka seronok.=.=".kalaw tak ada makwe, dorang lagi suka habeskan masa dengan kerjaya dorang n beriadah ngan kawan kawan. gurl pulak rasa, wajib ade pakwe. kalaw tak hidup tak lengkap. tak de orang teman pegi jalan jalan, tengok wayang, shoping. PEREMPUAN! lengkap je hidup kalaw tak ade pakwe, family ade, kawan kawan ade. yang penting, Allah ade..jangan risaw tentang hdup kaw yang tak lengkap tu, Dia dah aturkan segalanya untuk kaw.:))

bila putus cinta, lelaki akan merasakan perempuan tu tak sesuai untuk dia. after that, msti dia akan cari lain. so, si perempuan tak payahla risaw sangat dengan si dia. dorang tu, berapa hari je dah dapat ganti. jangan pecaya sangat kalaw dia kate lepas ni dia tak nak becinta lagi.

"lelaki tak suka dengar n perempuan tak tau bace peta" means tat lelaki ni tak suka bincang isu peribadi sebab dia tak nak rosakkan mood dia. lelaki jugak pandai berlakon sebenarnya. dorang ni sangat suka bermain ngan sumpah,. dorang akan sanggup besumpah menyatakan yang dia tak kecewa, walhal dorang tu tengah frust menonggeng, lagi lagi bila awek tu yang tinggalkan dia. gud bye la kaw mamat! :p

menangis seperti budak kecil bukan untuk lelaki. ego lelaki sangat tinggi. dorang tak kan jatuhkan air mata depan orang ramai lagi lagi depan orang yang dia sayang. dalam masa yang sama, sebenarnya lelaki ni tak penah besimpati kat diri sendiri. terluka macam mane pun, dia mestila buat bodo je. putus cinta bukanlah satu trauma untuk tak becinta lagi. berbanding dengan perempuan, mereka mesti akan mengenang ape yang telah terjadi. mesti trauma dasyat gila. padahal baru becinta 3 hari..ahhah! shit lah kalaw macam tu. over sangat namanya bedah oi.

so, kaum hawa, kawal emosi masing masing from si keparat.:))

Thursday, April 21, 2011

zaman tadika

assalamualaikum,

sebok berkomen komen dengan kawan dulu dulu, teringat pulak kenangan kenangan manis zaman kanak kanak dulu. sape yang cakap zaman kanak kanak tu zaman bodoh bodoh. maknanya, korang je la yang bodoh kurang pandai, aku oke je..hahah!

mase zaman kecik kecik dulu, orang paggil aku gegster sebab aku memang suka buli orang. tapi depan cekgu, seputih murni hati tu. sekelumit kuman pun tak ade.hahah! cerita aku sekola start mase sekola tadika. chek mama ngn tuan ayah tak kaya. aku sekola kampung je.

mase 1st day masok sekolah tadika, orang semua nanges nanges tak bagi mak dorang balek, aku je dengan muka riak dan takabbur,
"ape mama buat ni, pegilah balek."
hahha..amacam, cool kan.. aku suro chek mama balek. kesian dia, penat chek mama amek cuti sebab excited nak hanta anak pegi sekola tapi anak halau pulak dia balek..
mase tadika, akulah paling glamor, nak tau sebab ape..haha! chek nenek memang suka menjahit. aku pulak cucu kesayangan.habes semua baju sekola aku dijait manik.ahhaah! lip lap lip lap baju aku. macam artis. mase tu semua orang jeles.
kelebihan aku pulak, aku bole bace secepat keretapi, tulis sepantas kilat & ermm ermm, dan sebagainya. haha! akulah ketua kelas masa tu sebab aku paling garang. dalam garang garang aku tu, sebenanya aku ni kuat buli anak orang. tangan aku selalu naik kat muka anak orang yang annoying bagi aku. lantas mak bapak mereka pun suka jumpa chek mama dan tuan ayah! haha, masa tu memang rotan lah jawabnya..naseblah chek nenek ade, dia yang selalu selamatkan aku & abang aku.

disebabkan aku punya pemikiran tak macam budak budak yang lain, cekgu suka suro aku masuk syarahan & pidato. mase tu paling excited ialah tuan ayah. tuan ayah mesti latih aku hari hari depan dia. woo, tak sanggup aku. hidup aku bukan macam korang semua. aku tak boleh pegi maen keja keja kat laman ruma, tak bole nak pegi ruma kawan maen teng teng, maen getah. hidup aku dalam rumah. kecuali kalaw aku kene tinggal dengan chek nenek. haha, memang tak duduk rumah lah.

zaman sekola tadika dulu, suara korang tak sedap macam mana pun, mesti cekgu akan suro korang nyanyi jugak. betol tak? haha.penipu kalaw cakap tak betol. siap jadi ketua lg. duduk depan pegang microfon. bila senyum gigi rongak.hahha! can not go betollah. kadang kadang ade yang menanges sebab takot. macam macam je.

zaman sekola tadika dulu, korang lah paling expert bab bace bace doa ni..cakap je doa ape, semuanya hafal. sekarang?? doa makan pun korang dah lupa kan. haha! kalaw boleh, semua doa nk aplikasi, sampai kadang kadang chek mama ngn tuan ayah yang menyampah. malas nak melayan kerenah anak anak.

err..tiba tiba dah penat.oke, next time sambung lg..bye..:))

Sunday, April 17, 2011

kisah cinta

Assalamualaikum,

cinta. ada ape pada cinta. perlu ke nak nyanyi lagu C.I.N.T.A yang XPDC nyanyi 2..HAHA! tak mungkin lah kan.merepek ape pulak aku malam malam ni. cinta tu terlalu subjektif nak digambarkan oleh para manusia. banyak orang cakap cinta itu buta, tapi aku tengok, tak de lah ramai sangat orang buta kat malaysia ni means, orang malaysia tak pandai becinta lah ek. betol ke?? haha! memang tak lah kan.

bedasarkan kajian terhadap cerita cerita melayu, kebanyakan cerita bekisarkan tentang cinta. antara cinta si kaya atau si miskin, ejaan dan sebutan tetap sama.CINTA. meh aku cite sikit kisah cinta sebena yang penah belaku kat malaysia ni.

kisah pertama, di adaptasikan dari filem _________.sebab ape kosong, sebab aku pun tak tau filem ape..haha! korang cari lah sendiri filem ape, telemovie ke, filem pendek ke ape ke, lantak korang lah. kisah cinta bermula ketika................pada suatu hari yang hening, ditepi tasik yang damai, ketika itu, angin telah meniup sepoi sepoi bahasa. maka, cerita aku tak de kene mengena dengan angin pun. =.='. cerita dia macam ni. tuan s ni kira tua lah dari chek n. mereka couple dah lame. sejak form 2 lagi. tapi, masa dan tempat telah mengubah kisah cinta mereka. dari semanis manis lolipop hinggalah semasin masin taik hidung dorang dah lalui. tapi chek n da berubah.tuan s masih lagi setia melayan kerenah chek n yang mengada ngada. padahal, chek n dah malas nk layan tuan s. mesage tak balas, call tak angkat. tapi jauh d sudut hati chek n, dia masih sayangkan lagi tuan s. see, tuan s banyak korbankan kesabaran dan chek n yang gila tu dah buktikan yang cinta tak perlu ditunjukkan dengan kata kata dan perbuatan. (tapi padahal perbuatan dia tu sangat menyakitkan hati!).ahhaha.

kisah kedua pulak, orang baru nak bercinta. kisah ni baru je dapat. dia real tau jadi macam kat dalam tb.HAHA! masa aku dapat tau, memang aku tergelak sakan lah. kisah cinta bermula mase mereka bertemu dalam satu program. entah macam mane, hati tuan f tersangkut kat hati chek s macam sangkut baju pakai hanger tu. bila dah macam tu, dorang pon mulakan love lesson dorang.haha! sumpah kelaka! apelah naseb yang menimpa tuan f sebab dapat chek s yang tak romantik langsung dan bila kata kata cinta diluahkan, perkara pertama dia buat ialah. gelak macam babi pakai tindik kat hidung. tak lama selepas itu, tuan f telah mem-propose chek s tapi chek s tak terima sebab baru kenal. bila dah macam tu, pada suatu ketika, chek s dapat call dari kawanya yang mulut belacan mengatakan ternampak tuan f bersama girl lain! OMG! siapa siput babi tu! maka, chek s telah memutuskan semua jantan sama je. bila nampak pompuan, macam babi nampak kepsi.er..ermmm..i mean...mungkin mata kerangjang.hee. tapi, tak lama tu. macam yang aku cakap tadi, bila hati masing masing dah tersangkut dek hanger, sepahit pahit taik cicak pun diterima juga. okeh, habis kisah kaw chek s dan tuan f. see, cinta tu pahit macam mana pun, tepakse lah terima kalaw dah sayang. always think positive ye chek s sebab girl tu kawan tuan f. janganlah kuat cemburu sangat..:))

kisah cinta chek a pulak tak ke mana. mungkin dia fail amek emotional mangement mase time belaja kat sekola dulu. tapi ade ke, lantak lah.haha! dia punya kisah menyayat hati sikit. cinta yang disemai hampir 5 tahun hilang macm tu je sebab tu lah. lelaki, macam babi nampak kepsi..upss..once again, hee..mata keranjang. tapi chek a belom penah cari pengganti untuk tuan t. tapi tuan t, dah beganti ganti dah peganti dia..haha.see. chek a tak sepatotnya jadi bodoh, jadi baik sangat. kaw patotnya, pegilah cari peganti bia dia tau kaw lagi hot dari dy. kaw bole dapat yang lagi bagus dari dia. okeh, aku pulak yang emo lebih haha!

cinta tu perlu banyak pengorbanan. kalaw tak sanggup atau takut dengan-Nya, becintalah lepas korang dah ada hubungan yang halal. yang tu lebih diberkati. kalaw setakat cinta monyet, bagi surat penuh dengan bedak tu, tak payah lah. buang masa je. haha! tiba tiba teringat kisah cinta masa kecik kecik dulu.ish! dah dah. aku stop kat sini dulu. bye.:))


I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it’s wrong to love you
Then my heart just won’t let me right
Cause I’ve drowned in you
And I won’t pull through
Without you by my side
I’d give my all to have
Just one more night with you
I’d risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can’t go on
Living in the memory of our song
I’d give my all for your love tonight
Baby can you feel me
Imagining I’m looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you’re so far
Like a distant star
I’m wishing on tonight
I’d give my all to have
Just one more night with you
I’d risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can’t go on
Living in the memory of our song
I’d give my all for your love tonight
I’d give my all to have
Just one more night with you
I’d risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can’t go on
Living in the memory of our song
I’d give my all for your love tonight
Give my all for your love
Tonight.....